6 Usahawan Yang Berjaya Dan Pernah Melalui Kegagalan

Untuk berjaya, seseorang itu pasti akan merasai kegagalan. Dalam kehidupan kita, mesti tak pernah jumpa orang yang tak pernah gagal bukan?

Anak kecil sendiri pun jatuh berpuluh kali sebelum boleh berjalan. Begitu juga dalam dunia perniagaan. Bukan semua usahawan itu berjaya dengan hanya sekali cubaan.

Ramai juga yang tersungkur berkali-kali tetapi kerana sikap tak tahu berputus asa, mereka akhirnya berjaya sehingga ke hari ini.

Berikut merupakan antara tokoh-tokoh usahawan yang pernah gagal, tetapi sekarang menjadi memiliki kekayaan melebihi apa yang mereka bayangkan.

1. Steve Jobs

Kredit Gambar: Biography

Ikon ini tidak perlu diperkenalkan lagi kepada masyarakat dunia. Menjadi salah seorang individu yang paling berpengaruh dan berjaya mengubah corak gaya hidup masyarakat zaman ini dengan rekaannya yang inovatif.

Walaupun berjaya menubuhkan syarikat Apple, beliau pernah ditendang keluar oleh syarikatnya sendiri. Tidak menjadikan ini alasan untuk terus murung, beliau kemudiannya menubuhkan syarikat baru iaitu NeXT dan Pixar.

Kejayaan yang berterusan ini membuatkan beliau akhirnya dilantik semula untuk meneraju Apple sehingga akhir hayatnya.

2. MC Hammer

Kredit Gambar: Wikipedia

Generasi sekarang mungkin kurang mengenali MC Hammer. Beliau merupakan artis popular sekitar era 80-an hingga 90-an. Pernah memenangi anugerah Grammy sebanyak dua kali tetapi akhirnya beliau diisytiharkan muflis dan popularitinya mula jatuh.

Tak mudah patah semangat, lelaki ini kemudiannya menubuhkan syarikat muzik sendiri disamping melabur dalam start-up teknologi. Kini beliau memeliki beberapa buah syarikat dan turut djjemput untuk memberi syarahan di Harvard dan juga Stanford.

Beliau juga mempunyai rancangan sendiri iaitu “Hammertime”.

3. Robert Stiller

Kredit Gambar: The Boston Globe

Beliau merupakan pengasas kepada Keurig Green Mountain iaitu pengeluar minuman berasaskan kopi yang terkenal di Amerika. Disebabkan sifat borosnya, gelaran bilionaire yang dimilikinya tak tahan lama dan beliau hampir diisytiharkan muflis!

Tindakan pantas segera diambil. Beliau bertindak menjual saham miliknya yang bernilai 5 juta ketika itu dan melangsaikan semua hutang miliknya. Beliau kemudiannya membaik pulih syarikat tersebut dan menjadikannya lebih baik.

4. Martha Stewart

Kredit Gambar: Entrepreneur

Selebriti yang merupakan hos rancangan terkenal diseluruh dunia merupakan wanita pertama yang menyandang gelaran bilionaire di Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan, penulis, personaliti TV dan juga bekas model. Pendek kata beliau adalah seorang wanita yang serba-boleh.

Namun reputasinya tercalar apabila beliau didakwa terlibat dengan kes penyelewengan saham syarikat ImClone. Beliau terpaksa menjalani hukuman selama 5 bulan di penjara dan 2 tahun di rumah.

Selepas tamat menjalani hukuman tersebut, beliau kembali bangkit bekerja seperti biasa dan kini kekayaannya masih terus melonjak naik.

5. W. Herbert Hunt

Kredit Gambar: Globe Newswire

Lelaki ini pernah mendapat keuntungan jutaan dolar bersama abangnya hasil daripada pelaburan saham sekitar tahun 70-an. Tetapi tanpa diduga, nilai saham mula merudum pada tahun 1980.

Di saat pelabur lain mula menjual saham-saham milik mereka secepat mungkin, beliau mengambil risiko untuk melabur saki-baki aset miliknya ke dalam pelaburan minyak. Saham tersebut kembali melonjak naik dan beliau mula melabur ke dalam aset-aset lain sehingga membolehkan beliau menjadi seorang bilionaire.

Kini beliau merupakan penasihat kepada syarikat Petro-Hunt yang dimilikinya.

6. James Altucher

Kredit: Twitter

Beliau telah mengasaskan sebuah syarikat yang diberi nama Reset Inc. Pada tahun 1998, beliau telah menjual syarikat tersebut dengan harga $10 juta!

Tetapi beliau telah membuat pelaburan yang salah sehingga hampir kehilangan segala-galanya. Beliau juga pernah berniat untuk membunuh diri, tetapi cepat tersedar.

Beliau kemudiannya telah mengasaskan 20 buah syarikat lain dan telah menulis 20 buah buku.

Secara kesimpulannya, kegagalan bukanlah satu pengakhiran. Melalui kegagalan kita boleh mengambil iktibar dan belajar untuk bangkit dan menjadi lebih kuat. Semoga kisah usahawan-usahawan di atas mampu menjadi inspirasi untuk kita semua supaya tidak mudah berputus asa dalam mengejar sesuatu.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Terkini

IPO melalui MPLUS

Antara syarat utama pembelian IPO ialah mempunyai account CDS. Ada diantara anda bertanya bolehkah anda

Teruskan