Perubahan Cara Berbelanja Sepanjang Covid-19

Sekarang kita masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Setelah berbulan-bulan hidup terkurung untuk memastikan penjarakan sosial, cara kita berbelanja sedikit sebanyak terpengaruh dan berubah disebabkan wabak Covid-19 ini.

Apabila diumumkan “perintah berkurung”, ini bermakna kita perlu sentiasa duduk di rumah dan mengelakkan diri daripada keluar membeli barang keperluan. Tidak dinafikan, ini telah menyebabkan ‘panic buying’ di kalangan kita.

Bila terjadinya ‘panic buying’, penjual terpaksa mengehadkan pembelian untuk barangan keperluan yang mempunyai permintaan tinggi seperti hand sanitizer dan kertas tisu.

Image by นิธิ วีระสันติ from Pixabay

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh J.P. Morgan, sepanjang tempoh pandemik ini, terdapat peningkatan yang mendadak sehingga hampir 50 peratus untuk beberapa industri seperti makanan dan barangan peribadi dan kesihatan. Selain daripada itu, di antara perubahan yang berlaku adalah kita lebih banyak membeli barangan mentah untuk dimasak sendiri di rumah.

Walaupun kita dibenarkan keluar, restoran dan kedai makan tidak lagi menjadi keutamaan. Sebaliknya, kita lebih tertumpu untuk membeli barangan dapur dan keperluan yang lain seperti ubat- ubatan.

Wabak ini juga menyebabkan ramai daripada kita yang terjejas daripada segi pendapatan. Walaupun terdapat banyak jenama-jenama besar, tetapi kita akan lebih memilih untuk membeli jenama ‘private label’, iaitu jenama yang dikeluarkan sendiri oleh peruncit.

Barangan daripada jenama seperti Tesco dan Giant sudah cukup memadai, yang membolehkan kita berjimat.

Apakah Barangan Yang Dibeli Semasa Wabak Covid-19?

Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

Di antara barang yang sememangnya popular adalah seperti sabun pencuci tangan dan pembasmi kuman sama ada dalam bentuk cecair ataupun aerosol. Produk kesihatan seperti vitamin dan makanan kesihatan tambahan juga naik dengan mendadak.

Jika di negara Amerika Syarikat dan kebanyakan negara di Eropah, barang yang banyak dibeli adalah pewarna rambut. Ini adalah kerana pusat dandanan rambut ditutup sepanjang tempoh lckdown ini.

Satu lagi barang yang mendapat permintaan yang tinggi adalah kopi. Kopi menjadi pilihan ramai kerana bekerja dari rumah sudah menjadi norma baharu. Ramai yang menjadikan kopi sebagai peneman ketika membuat kerja di rumah.

Apakah Barangan Yang Kurang Dibeli Semasa Wabak Covid-19?

Di antara barang yang tidak lagi menjadi perhatian adalah barang kosmetik. Bekerja dari rumah dan jarang keluar menjadikan kita tidak lagi perlu bersiap dan berdandan untuk keluar rumah.

Selain itu, jualan produk pelindung kulit daripada matahari (suncare) juga turun dengan banyak. Produk ini yang biasanya terkenal di kalangan pelancong yang tidak lagi mendapat sambutan kerana kita masih tidak dibenarkan untuk pergi berjalan-jalan.

Berbelanja Online Menjadi Pilihan

Photo by Negative Space from Pexels

Apabila tidak keluar dari rumah, membeli barang melalui atas talian menjadi alternatif. Ianya mudah dan mengurangkan risiko kita daripada terdedah dengan virus.

Bukan sahaja membeli barang, tetapi kita juga sering membuat pesanan makanan melalui khidmat penghantaran seperi Grab Food dan Food Panda.

Ada sesetengah pihak yang risau untuk menerima kiriman daripada tempat-tempat yang berisiko. Menurut pihak World Health Organisation (WHO), kemungkinan untuk mendapat jangkitan melalui kiriman bungkusan barang adalah rendah, kerana bungkusan tersebut telah dipindah-pindahkan dan juga telah terdedah kepada suhu dan persekitaran yang berbeza

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Terkini

IPO melalui MPLUS

Antara syarat utama pembelian IPO ialah mempunyai account CDS. Ada diantara anda bertanya bolehkah anda

Teruskan