Satu hari, anda buka trading platform, saham syarikat yang anda beli telah buat announcement seperti di bawah,

Dalam artikel ni kami terangkan apa itu ‘share consolidation’ ni.
Share consolidation terjadi apabila sesebuah syarikat ingin membuat corporate exercise terhadap harga saham mereka dari murah menjadi mahal.
Sebagai contoh macam gambar di atas, saham sebelum ex-date 26 Ogos 2020 berharga rm 0.15 atau 15 sen/share.
Ratio consolidation ialah 2 nisbah 1 (2:1). Ini bermaksud setiap 2 share saham syarikat akan digabung menjadi 1 share.
Dalam masa yang sama harga share pula meningkat daripada 15sen/share menjadi 30sen/share selepas ex-date.
Kami share satu lagi contoh seperti gambar di bawah,
Contoh nisbah consolidation adalah 10:1 dan ex-date adalah 19 Nov 2020.
Saham A pada 18 nov 2020 sebelum consolidation 10:1
Harga rm0.10 dan lot pegangan anda sebanyak 1,000 unit
Value portfolio anda ialah bersamaan rm 0.10 x 1,000unit = rm100
Saham a pada 19 nov 2020 selepas consolidation 10:1
Harga rm1.00 dan pegangan lot anda 100 unit
Value portfolio anda bersamaan rm 1.00 x 100 unit = rm100
Selepas 19 Nov, anda tengok harga saham menjadi RM1.00. Kira dah untung lah?
Tidak. Portfolio anda masih sama selepas consolidation iaitu RM100. Cuma Jumlah pegangan saham anda berkurang dari 1,000 unit menjadi 100 unit sahaja. Ini bermakna anda hanya boleh menjual sebanyak 1 lot saham sahaja.
Tetapi harus diingat juga bahawa selepas consolidation akan ada trading demand and supply menunjukkan kenaikan atau penurunan selepas consolidation
Rm 0.10 x 1,000 unit dan rm1.00 x 100 unit mendapat value yang sama cuma ada perbezaan pada jumlah unit dan harga sahaja.
Tujuan syarikat membuat share consolidation adalah untuk meninggikan harga seseuatu saham untuk menarik minat retailer atau institusi investor untuk melabur dalam kaunter tersebut
Ianya dibuat supaya saham syarikat keluar daripada perspective atau kepompong penny stock menjadikan saham menarik untuk di dagangkan.