Perbezaan akaun nomines dan akaun direct CDS

Anda nak mula melabur saham, anda pun pergi ke bank untuk buka akaun saham. Anda pun ditanya pegawai bank:

“Nak buka akaun Direct ke atau akaun Central Depository System (CDS)?”

Ataupun, terus je anda diberi pilihan untuk buka akaun Direct.

Anda pun tertanya-tanya, apa beza dua akaun ni?

Takpe, jangan risau. Dalam artikel ni saya akan terangkan apa beza kedua-dua akaun ni.

Sebenarnya ada kelebihan dan kekurangan untuk setiap akaun tersebut. Ia bergantung kepada setiap individu/pelabur dan cara mereka melabur di dalam saham.

Akaun Direct

Akaun Direct ni adalah akaun saham yang berdaftar atas nama anda sendiri. Apabila anda membeli share saham sesebuah syarikat, share syarikat tersebut adalah 100% milikan anda dengan nama anda.

Dalam sesi dagangan, saham tersebut dengan lebih mudah dipindah milik kerana saham tersebut memang kepunyaan anda.

Contohnya anda membeli saham kaunter benama MAYBANK Code 1155 sebanyak satu(1) lot = 100 unit pada harga 8.00. nama anda akan disenaraikan sebagai pemilik Maybank di dalam portfolio bursa.

Sekiranya anda membeli saham daripada direct akaun, anda boleh terus menjual pegangan saham tersebut secara serta merta tanpa melalui orang ketiga. Anda hanya membuat pilihan penjualan atau sekiranya penjualan atas talian, anda boleh meletakkan harga terus yang anda mahukan.

Apa lagi kelebihan labur saham melalui akaun Direct ni?

  • Anda sebagai owner share syarikat layak untuk menghadiri mesyuarat tahunan syarikat (AGM).
  • Laporan tahunan syarikat akan dihantar terus ke alamat anda.
  • Dividen syarikat akan terus masuk ke akaun anda tanpa sebarang caj.
  • Anda layak untuk memohon IPO (initial public offering).

Dah macam owner syarikat pulak. TAPI, kalau ada corporate excercise, anda kena urus sendiri semua paperwork. Anda ada masa untuk sakit kepala?

Akaun Nominees @ CDS

Macam mana pula dengan akaun Nominees @ CDS?

Akaun CDS anda akan berdaftar di bawah syarikat broker. Syarikat broker ni akan menjadi wakil anda untuk semua urusan pelaburan saham.

Bila dah wakil, adalah caj broker. Tapi jangan risau, selalunya caj broker hanya dikenakan ketika urusa jual-beli saham sahaja. Tiada yuran bulanan atau tahunan dikenakan.

Sesuai lah untuk anda yang baru mula nak belajar saham. Anda ada banyak pilihan broker untuk buka akaun CDS seperti di bawah,

  1. Affin Hwang Investment Bank Berhad
  2. AmInvestment Bank Berhad
  3. BIMB Securities Sdn Bhd
  4. CIMB Investment Bank Berhad
  5. Hong Leong Investment Bank
  6. Jupiter Securities Sdn Bhd
  7. Kenanga Investment Bank Berhad
  8. Malacca Securities Sdn Bhd (Pilihan 3saham)
  9. Maybank Investment Bank Berhad
  10. RHB Investment Bank Berhad

Anda juga berhak untuk membuat undian dalam syarikat bagi kedua-dua jenis akaun namun bagi akaun nomines anda harus memberi tahu pihak investment bank perkara tersebut.

Bursa Anywhere
Jika anda berdaftar di bawah Bursa Anywhere, akaun nomines anda tidak akan disenaraikan di bawah Bursa Anywhere ini dan hanya direct akaun sahaja yang akan disenaraikan.

Cara Daftar Akaun CDS Secara Online Melalui Aplikasi Bursa Anywhere

Kalau anda berminat untuk buka akaun CDS dengan 3saham, tekan je link di bawah. Anda layak untuk join support group 3saham. Banyak info-info dan tips yang kami share dalam group tersebut. Jangan tunggu lagi, JOM buka akaun CDS bersama 3saham!

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Terkini

IPO melalui MPLUS

Antara syarat utama pembelian IPO ialah mempunyai account CDS. Ada diantara anda bertanya bolehkah anda

Teruskan