Untuk membuat jual beli dalam Bursa Malaysia, anda perlu ada trading akaun CDS melalui broker berdaftar di bawah Bursa Malaysia.
CDS atau Central Depository System ni adalah sistem pelaburan saham milik Bursa Malaysia Berhad untuk memudahkan pelabur membuat pelaburan saham secara online sahaja.
Dalam artikel ni kami akan terangkan cara-cara bagaimana nak buka akaun CDS melalui broker m-plus.
Anda hanya perlu mengisi dan menandatangi 2 jenis borang (broker dan bursa) seperti di atas. Borang boleh didapati melalui remisier atau dealer berlesen (rujuk senarai di sini). Contoh dalam artikel ini adalah M-plus.
Dokumen lain yang diperlukan adalah:
- salinan kad pengenalan (5 keping)
- salinan penyata bank (bank statement) (4 keping).
- note RM10 untuk seumur hidup.
Selepas anda siap mengisi borang dan dokumen diperlukan, serahkan semula semua dokumen kepada remisier.
Proses pengaktifan akaun anda akan mengambil masa selama 1 minggu sehingga 1 bulan mengikut jumlah permintaan.
Apa perbezaan Dealer dan Remisier?
Dealer ialah mereka yang bekerja sepenuh masa di broker dan anda boleh terus walk-in ke mana-mana broker berlesen. Dealer tidak mendapat apa-apa komisyen secara direct untuk akaun yang dibuka dan transaksi trade.
Remisier pula ialah mereka yang bekerja secara komisyen dengan broker-broker berlesen (dalam senarai di atas juga) dan mereka berada di mana-mana dan tidak semestinya di branch broker. Kelebihan buka akaun dengan remisier ialah, mereka akan cuba memberikan added value supaya anda buka akaun dengan mereka dan trade menggunakan akaun tersebut.
Team iSaham juga mempunyai remisier (broker Mplus – Malacca Securities Sdn Bhd) yang boleh membantu anda, dan anda akan diberikan akses percuma screener-screener premium iSaham yang telah diuji keberkesanan dan prestasi apabila anda membuka akaun CDS dan aktif bersama remisier kami.
Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut cara-cara buka akaun cds, sila hubungi team kami dengan klik gambar di bawah.