Pelabur baru atau lama yang mesti pernah dengar term ‘IPO’ dan sering dikaitkan dengan ‘untung awal’. Antara IPO terbaru yang menjadi rebutan pada tahun 2020 ini adalah saham IPO MR DIY.
Untuk info lebih lanjut tentang IPO ni boleh klik link di bawah.
Apa itu Saham Terbitan Awal atau Initial Public Offering (IPO)?
Secara ringkasnya IPO ni macam pre-order share saham tapi terhad hanya untuk pelabur dan institusi swasta sebelum dibuka kepada orang awam.
Namun kebanyakan institusi seperti bank juga menawarkan peruntukan khas untuk orang awam memiliki saham IPO ni. Namun jumlahnya sangat terhad dan perlu cepat untuk rebut peluang.
Salah satu cara untuk memohon saham IPO ini adalah melalui MITI yang menyediakan peruntukkan khas untuk pelabur bumiputera sebahagian daripada initiatif untuk mengalakkan pelaburan bumiputera.
Cara Memohon IPO Melalui MITI
1. Daftar masuk ke laman web MITI
Pertama sekali anda perlu layari laman web MITI https://www.sahamonline.miti.gov.my dan log atau daftar masuk.
Makluman pelancaran IPO terbaru akan dipaparkan dalam page login.
Unutk mendaftar sebagai pengguna baru, anda perlu mempunyai satu akaun CDS untuk memohon.
Sekiranya anda belum ada akaun CDS, sila rujuk remisier anda atau hubungi kami untuk buka akaun CDS.
2. Isikan semua biodata yang diperlukan termasuk salinan IC.
3. Apabila ada tawaran saham IPO di MITI, anda boleh memohonnya secara online di laman web yang sama.
4.Setelah memohon, cetak borang permohonan tersebut dan sediakan segala dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, salinan penyata bank yang disahkan dan sebagainya.
5.Hantar borang yang dicetak bersama dokumen ke pejabat MITI.
Dari senarai semak yang diberi, butirannya adalah seperti berikut, dan perlu dihantar setiap kali anda membeli saham melalui MITI:
- Cetakan Borang Permohonan Individu [IND/SP-QP07-L05].
- Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri;
- Penyata Kewangan
a. Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki) dan
b. disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank; dan
c. Salinan penyata buku ASB/Tabung Haji TERKINI (transaksi) dan disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan. - Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran atau Surat Pengesahan Status Bumiputera yang jelas dan disahkan.
- Senarai semak perlu dicetak dan dikepilkan bersama-sama Borang Permohonan.Pastikan anda dapat buktikan memiliki penyata kewangan yang mencukupi dalam butiran [2] Penyata Kewangan. Jika tidak, terdapat kemungkinan permohonan ditolak.
- Pastikan anda menghantar borang tersebut mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak MITI.
Keputusan akan diumumkan dari 30 ke 40 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan.
Keputusan mereka yang berjaya akan dikeluarkan pihak MITI di laman web yang sama.
Jika tidak berjaya jangan risau, anda masih berpeluang untuk membeli saham yang sama apabila IPO syarikat itu diumumkan untuk cabutan awam.