Apa itu Odd Lot dan Cara Untuk Menjualnya

Setiap kali anda beli atau jual saham, anda secara amnya melakukan transaksi dalam bentuk lot atau board lot. Seperti ditetapkan oleh Bursa Malaysia, minimum transaksi adalah 1 lot saham adalah bersamaan dengan 100 shares atau unit.

Odd lot pula adalah transaksi saham kurang dari 100 unit atau 1 lot. Odd lot terjadi apabila saham syarikat yang anda miliki membuat corporate exercise seperti share split menjadikan milikan saham berkurangan.

Tapi boleh ke nak membeli odd lot? Ya, anda boleh membeli odd lot. Ada beberapa sebab untuk individu atau institusi membeli odd lot. Sebagai contoh 1 unit syarikat melayakkan untuk menyertai mensyuarat AGM (free gift), menerima bonus syarikat atau untuk mencukupkan bilangan unit kembali menjadi 1 lot dan lain-lain lagi.

Jadi secara ringkasnya odd lot ni adalah pembelian yang dikira dalam bentuk unit.

Cara untuk jual (atau beli) odd lot?

Anda boleh melakukan jual beli odd lot ni melalui trading platform anda. Dalam contoh di bawah, kami akan tunjukkan menggunakan platfom M-Plus.

1. Sebelum anda melakukan transaksi odd lot, anda perlu pergi ke bahagian odd lot info untuk melihat info transaksi.

Tekan stock di atas kiri atau right-click pada kaunter dalam  list dan pilih odd lot info.

Anda boleh melihat queue info seperti di bawah.

Queue di bawah menunjukkan 2 buyers dalam queue. Ini bermakna anda boleh menjual odd lot anda.

2. Untuk melakukan jual beli odd lot, tekan arrow kebawah sebelah butang buy atau sell dan pilih pilihan c. NormaL Order (Odd Lot).

Prosedurnya sama seperti transaksi biasa cuma quantiti adalah dalam unit. Jangan keliru pula! Setelah memasukkan info yang betul, klik butang Send Now untuk pengesahan transaksi.

Pastikan tajuk window bertulis (Odd Lots)

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Terkini

IPO melalui MPLUS

Antara syarat utama pembelian IPO ialah mempunyai account CDS. Ada diantara anda bertanya bolehkah anda

Teruskan