Pengenalan Kepada Saham IPO

Initial Public Offering (IPO) atau Saham Terbitan Awal adalah proses awal sesebuah syarikat untuk mengubah status dari syarikat persendirian ke syarikat awam. Selesai proses IPO, saham syarikat akan disenaraikan dalam Bursa dan terbuka kepada orang awam.

Kenapa syarikat persendirian ingin menjadi syarikat awam?

Ada banyak sebab sesebuah syarikat swasta ingin menjadi syarikat awam tetapi salah satu sebab besarnya adalah mengumpul dana yang banyak sama ada untuk mengembangkan syarikat atau projek besar.

Tapi, syarikat menanggung risiko untuk menyenaraikan saham ke dalam bursa kerana selepas tersenarai, harga saham syarikat menjadi floating, atau terapung yang boleh naik atau turun. Kalau syarikat mempunyai fundemental yang kukuh, risiko untuk harga jatuh adalah rendah.

Sebagai contoh, IPO baru-baru ini, Mr. DIY mempunyai fundamental yang kukuh kerana kita tahu MR. DIY ni ada di mana-mana. Ini menguatkan keyakinan pelabur untuk beli saham syarikat tersebut.

Saham Mr. DIY sangat menjadi rebutan menjadikan harga saham Mr. DIY dari RM1.75 seunit menjadi setinggi RM3.00 seunit dalam masa sebulan sahaja. Untunglah siapa yang beli saham Mr. DIY masa IPO.

 

Tapi tak semua syarikat IPO ni menguntungkan. Ini semua bergantung kepada fundamental dan keyakinan pelabur dalam syarikat tersebut.

Apa kelebihan beli saham IPO ni?

Harga saham dalam fasa IPO biasanya lebih rendah berbanding dengan harga sebenar pada hari pertama tersenarai. Contoh, harga Mr. DIY ketika IPO adalam RM1.60 menjadi RM1.75 (untung +25sen/unit) pada hari pertama tersenarai dalam bursa.

Pada kebiasaanya majoriti pemegang saham akan menjualnya pada hari pertama untuk mendapat keuntungan segera. Namun, seperti kita tengok graf di atas, harga Mr. DIY terus naik disebabkan kayakinan kuat pelabur.

Disebabkan harga saham syarikat ketika IPO adalah tertakluk kepada syarikat, ada juga kemungkinan harga saham terlalu tinggi dan keyakinan rendah pelabur menjadikan harga saham jatuh pada hari pertama. Sekali lagi ia bergantung kepada fundamental syarikat.

Boleh ke beli saham IPO ni dan macam mana caranya?

Saham syarikat dalam fasa IPO adalah terhad kepada pelabur swasta dan belum dibuka kepada orang awam.

Namun, anda masih boleh beli saham IPO ni cuma perlu melalui Bank seperti Maybank2u dan CIMB clicks atau melalui MITI. Boleh refer link di bawah untuk cara-cara beli saham IPO.

Cara Memohon IPO Melalui MITI

Kelebihan membeli saham IPO melalui MITI adalah MITI menyediakan peruntukan khas pembelian saham IPO ni untuk bumiputera sahaja. Jadi kuranglah sikit persaingan.

Semoga artikel ni bermanfaat.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Terkini

IPO melalui MPLUS

Antara syarat utama pembelian IPO ialah mempunyai account CDS. Ada diantara anda bertanya bolehkah anda

Teruskan