Terdapat dua teknik analisis dalam pelaburan saham. Selalunya pelabur hanya mengutamakan salah satu teknik analisis berbanding yang lain. Apa kekurangan kalau gabung dua teknik sekaligus?
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan Apa perbezaan kedua dua teknik ni dan teknik mana yang sesuai untuk gaya pelaburan anda.
Apa itu fundamental analisis?
Fundamental analisis menilai harga kaunter saham dasar mengukur nilai hakiki sayarikat tersebut. Analisi ini akan mengkaji pelbagai faktor termasuk keseluruhan keadaan ekonomi semasa, kekuatan industri sehinggalah kepada kekuatan kewangan dan pengurusan syarikat.
Segala keuntungan, kerugian, aset dan liabiliti akan diambil kira dalam analisis fundamental dalam menentukan nilai syarikat secara hakiki dibanding dengan nilai syarikat dalam pasaran saham. Jika analisi syarikat positif dan harga syarikat terlalu rendah, pelabur akan nampak peluang pelaburan dan membuat keuntungan jangka masa panjang.
Apa itu teknikal analisis?
Technical analisis pula berbeza dengan fundamental dimana traders akan cuba untuk mengenalpasti peluang pelaburan dengan melihat statistik pergerakan harga saham dan jumlah transaksi (jual beli) dalam sesebuah kaunter saham.
Objektif analisis teknikal bukanlah untuk meramal harga pasaran saham masa depan dengan tepat, tetapi digunakan sebagai petunjuk bagaimana reaksi pelabur terhadap pergerakan saham dan apa akan berlaku jika senario sama berulang.
Analisis teknikal menggunakan trend chart, support dan resistance level dan pergerakan harga dan jumlah transaksi untuk mengenal pasti peluang pelaburan dalam sesebuah kaunter. Teknikal analisis tidak mengambil kira faktor prestasi syarikat atau ekonomi yang mempengaruhi nilai sesebuah syarikat.
Perbezaan analisis fundamental dan teknikal
Perbezaan antara kedua pendekatan tersebut adalah yang menentukan nilai dan harga saham. Analisis fundamental mempertimbangkan nilai syarikat. Ini akhirnya bergantung pada nilai asetnya dan keuntungan yang dapat dihasilkannya. Penganalisis fundamental selalunya bimbang jika terdapat perbezaan antara nilai syarikat dan harga saham syarikat.
Analisis teknikal berkaitan dengan pergerakan harga, yang memberikan petunjuk dinamik supply dan deman dalam saham – itulah yang akhirnya menentukan harga saham. Pelabur-pelabur saham selalunya mengulangi corak psikologi yang sama setiap kali senario sama berulang dan akan menggunakan pattern tersebut mengenalpasti risiko dan peluang dalam palaburan.
Contohnya, bila kita cuba nak buat pertimbangan nak beli kereta, kita akan ambil dua kriteria, sama ada fundamental dan teknikal:
Kereta Baru
Fundamental
- Body cantik dan sporty?
- Enjin besar dan laju?
- Jimat minyak?
- Warna menarik?
Teknikal
- Ramai ke beli?
- Model ni selalu masuk bengkel ke?
- Ade queue tak nak beli kereta ni?
Dengan contoh di atas kita boleh nampak sikit perbezaan kedua-dua teknik analisis ni. Untuk penganalisis fundamental, faktor seperti prestasi syarikat, track record dan potensi syarikat diambil kira dalam menentukan nilai syarikat.
Sebagai contoh, disebabkan covid, harga saham syarikat penerbangan jatuh atas kekangan perjalanan. Tapi dari segi fundamental kita tahu prestasi Air Asia sangat meyakinkan dan akan pulih lepas pandemik ni habis. Jadi dari sini kita boleh kenal pasti peluang pelaburan jangka masa panjang adalah positif.
Fundamental pulak tekankan pada pergerakan harga saham, iaitu refleksi kepada permintaan orang ramai. Menggunakan sejarah statistik, satu kaunter yang dapat sambutan kemungkinan harganya bergerak lebih laju sama ada naik atau turun.
Seperti contoh di atas, kalau kereta tersebut mempunyai rekod jualan dan sambutan yang positif, kita pun yakin untuk membeli kereta tersebut tanpa mengambil kira faktor fizikal kereta tersebut.
Bila nak guna fundamental atai teknikal analisis ni?
Fundamental analisis ni sesuai trader yang selesa dengan keuntungan jangka masa panjang atau long-term investor.
Teknikal analisis pula sesuai untuk pelabur yang ingin mengaut keuntungan segera dan agresif atau short-term investor. Ni sesuai kepada pelabur yang risk taker dan mengambil peluang bila nampak peluang.